UMNO akan pastikan semua rakyat bisu dan pekak ~ Pro Pas Blog

22 November 2010

Home » , » UMNO akan pastikan semua rakyat bisu dan pekak

UMNO akan pastikan semua rakyat bisu dan pekak

Bookmark and Share

PAS menyifatkan tindakan kerajaan yang mahu memperkenalkan garis panduan berkaitan hasutan dalam dunia siber sebagai satu lagi usaha untuk membuta dan memekakkan rakyat untuk mendapat maklumat sebenar.

Ketua penerangannya Idris Ahmad mendakwa, tindakan itu lebih kepada usaha untuk membendung "maklumat penyelewengan" kerajaan BN daripada diketahui rakyat.

"Seperti yang kita sedia maklum Umno-BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini. 

"Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini, walaupun mereka mengupah individu untuk melemparkan fitnah kepada PAS dan Pakataan Rakyat," katanya.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dilaporkan berkata, garis panduan yang memberi definisi terperinci mengenai kesalahan hasutan dalam internet akan diperkenalkan dan dijangka siap minggu ini.

Tanpa menyatakan bila garis panduan itu akan dikuatkuasakan, beliau berkata, ia sedang diperhalusi.

Dalam kenyataan hari ini, Idris mempersoalkan, tidak cukup lagikah "kongkongan" terhadap rakyat melalui akta sedia ada seperti ISA, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Hasutan. 

"Kerajaan boleh bertindak mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan. 

"Adakah salah rakyat pada hari ini mendapat maklumat yang benar supaya mereka boleh membuat pilihan yang tepat untuk melantik pemegang amanah khazanah di negara ini?" soalnya lagi.

Menurut Idris, jika maklumat yang didedahkan berkaitan dengan rahsian ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa, kerajaan masih boleh bertindak dengan akta sedia ada.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih