Terkini Dun Galas: UMNO menang atau Pas kalah tipis?? ~ Pro Pas Blog

04 November 2010

Home » , » Terkini Dun Galas: UMNO menang atau Pas kalah tipis??

Terkini Dun Galas: UMNO menang atau Pas kalah tipis??

Bookmark and Share

Proses Pengiraan Undi Di Galas Sedang Berlangsung



5: 50 pm - Berbagai spekulasi mengenai keptusan di Galas. Beberapa pemerhati Pas yang menghubungi berbelah bahagi. Ada yang yakin Pas menang dan ada yang sudah mengaku kalah dan sudah meninggalkan bandar Gua Musang.

Di pihak Umno pula walaupun yakin menang tetapi belum berani mengesahkan. Setakat ini mereka yakin BN menmang sekitar 300 undi. Angka ini juga sama dengan peramal dari pemerhati Pas. 

Seorang Adun Pas pula memberi tahun mereka dapat 200 undi Orang Asli dan semua saluran di kawasan bukan Orang Asli meningkat kepada Pas. keputusan rasmi juga belum ada. Menurutnya pekerja Umno sedang mengumpul gambar Najib. Saya percaya mereka akan membawa ke Dewan Sivi ke tempat penjumlahan undi.

Media yaqng berkubu di Pusat Media pula rata-rata yakin UBN akan memang.


5: 20 pm - Semua 12 pusat pengundian di Galas telah ditutup tepat jam 5:00 petang, Menurut SPR, peratus keluar mengundi sebanyak 76%. Angka ini belum dicampur dengan peratus keluar mengundi di empat pusat pengundian di kawasan Orang Asli. Bagaimana pun pihak SPR yakin peratus akan melebuhi 80%.

Peratus keluar mengundi pada tahun ialah 80.89. Waktu ini pengiraan undi di pusat pengundi sedang rancak dilakukan. Kurang sejam lagi keptusan tidak rasmi dijangka diketahui. [*** 5:20 pm 04/11/10] - msomelayu


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih