Mental Chua Soi Lek tahap parah, pertikai kedai tutup Hari Raya Haji di KB ~ Pro Pas Blog

19 November 2010

Home » , , , » Mental Chua Soi Lek tahap parah, pertikai kedai tutup Hari Raya Haji di KB

Mental Chua Soi Lek tahap parah, pertikai kedai tutup Hari Raya Haji di KB

Bookmark and Share


Periksa tahap mental Soi Lek-  Drs Khalil Idham Lim.

IPOH, 18 Nov: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dianggap sudah kurang siuman apabila mempertikaikan kedai ditutup pada hari cuti umum, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim.

“Harap dia jumpa doktor pakar untuk periksa tahap mental dia,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan Presiden MCA itu yang sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di laman twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis menyiasat Chua kerana kenyataannya itu ada unsur melaga-lagakan antara muslim dan bukan muslim.

“Tidakah Chua sedar bahawa Hari Raya Haji adalah cuti umum,” katanya.

Khalil juga menuntut Chua memohon maaf secara terbuka dengan kenyataan biadabnya dan memberikan penjelasan yang sebenarnya, apakah maksud kenyataannya itu.

"Kenyataannya menimbul keresahan dalam masyarakat," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam dan bukan Islam mesti membantah sikap Soi Lek itu yang mempertikaikan amalan biasa yang sudah lama diamalkan yang menggambarkan toleransi beragama.

Beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyifatkan tindakan Chua itu menggambarkan dan membuktikan bahawa parti MCA dan dirinya sendiri sudah tidak relevan lagi untuk rakyat Malaysia.

"Juga membuktikan bahawa BN bukan lagi wadah yang sesuai untuk menyatupadukan masyarakat," katanya lagi_ Harakah


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih