Ijazah Kedoktoran “Dr Fazley ", Palsu?? ~ Pro Pas Blog

10 November 2010

Home » , » Ijazah Kedoktoran “Dr Fazley ", Palsu??

Ijazah Kedoktoran “Dr Fazley ", Palsu??

Bookmark and Share





“Dr”. Fazley, bekas penyanyi yang pernah popular dengan lagu Asmara Ini telah menggunakan ijazah kedoktoran palsu sehingga boleh membuka sebuah institut pengajian tinggi yang turut menawarkan kursus ijazah daripada University of Wales. Rancangan terbitan BBC bertemakan siasatan ini mendedahkan bahawa Fazley Yaakob, yang memiliki Fazley International College (FICO)bertempat di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur rata-rata mengetahui bahawa beliau memiliki ijazah sarjana & kedoktoran dalam bidang pengurusan perniagaan. Tetapi, kedua-dua ijazah tersebut adalah palsu.
Dorongan daripada kes ini, University of Wales telah menggantung penglibatan mereka dengan FICO, dan tidak akan mengambil mana-mana pelajar daripada FICO untuk belajar dalam bidang MBA & pengurusan perniagaan sehingga siasatan selesai.
Fazley, pernah mendakwa dirinya menerima ijazah daripada European Business School (Cambridge), sebuah institut yang berasal daripada Irish International University, di mana pada tahun 2008, hasil siasatan BBC mendapati bahawa insitut tersebut adalah palsu semata-mata.
Panas betul bila artis yang selama ini kami sanjung & idolakan, rupa-rupanya penipu besar! Apa nak cakap lagi, tak kan lah BBC News suka hati nak keluar cerita tanpa ada bukti. Kami cuba mendekati Fazley melalui twitter, malangnya tiada jawapan. Apa kata anda spam twitter @FazleyYaakob.
Fazley, member kami tanya, berapa kos beli degree? Harga member-member boleh? Tak pun, jual degree ala-ala MLM AC Mizal, boleh beli Bentley. -Oh Bulan

Berita Berkaitan



0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih