Allahu Akbar!!! : al-Sultan Kelantan bakal berangkat ke Mekah. ~ Pro Pas Blog

08 November 2010

Home » , » Allahu Akbar!!! : al-Sultan Kelantan bakal berangkat ke Mekah.

Allahu Akbar!!! : al-Sultan Kelantan bakal berangkat ke Mekah.

Bookmark and Share

"Sama-samalah kita mendoakan semoga Sultan Muhammad Ke-V bersama-sama ahli-ahli rombongan Baginda akan selamat pergi dan selamat kembali dengan membawa pulang haji yang mabrur serta akan mendapat perlindungan dan keberkatan dari Ilahi selama mereka berada di sana" 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, dijangka akan berangkat ke Mekah bagi menunaikan fardhu haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang, 10 November 2010.

Mengiringi Sultan Muhammad Ke-V ke Mekah adalah Menteri Besar, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias, Mufti Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Shukri Mohamad, dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud

Turut mengiringi Sultan Muhammad Ke-V adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamad, dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato’ Mohd Fatmi Che Salleh (yang asalnya dijadualkan mewakili Datuk Seri Mustapha Mohamad).

Sama-samalah kita mendoakan semoga Sultan Muhammad Ke-V bersama-sama ahli-ahli rombongan Baginda akan selamat pergi dan selamat kembali dengan membawa pulang haji yang mabrur serta akan mendapat perlindungan dan keberkatan dari Ilahi selama mereka berada di sana.

Sultan Muhammad Ke-V dijadualkan berangkat pulang ke negara ini pada 23 November 2010. -

The Kelantan Insider


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih