UMNO jual Islam, bukan PAS!!! ~ Pro Pas Blog

21 Oktober 2010

Home » , , » UMNO jual Islam, bukan PAS!!!

UMNO jual Islam, bukan PAS!!!

Bookmark and Share


Umno Kelantan tuduh Nik Aziz ‘jual Islam, sanggup berkawan syaitan’




KUALA LUMPUR, 21 Okt – Perwakilan Umno Kelantan hari ini mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang menyindir agama rasmi negara ini.

Timbalan Ketua Umno Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad(gambar) berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno.

Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.
“Kita perlu perbetulkan semua ini.

“Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz?

“Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.

“Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno,” kata beliau ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Md Alwi yang juga Ketua Pembangkang di DUN Kelantan juga menegaskan supaya pemimpin Umno perlu membuang sikap “sombong” yang ada dalam diri dan pada masa sama menyemai semula roh perjuangan parti dengan berdasarkan Islam.

“Umno perlu balik kepada Islam, tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam.

“Jadi kita perlu kembali kepada Islam, apa yang penting adalah kita perlu menjaga dan mempertahankan akidah,” katanya.

Tambah beliau, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.

“Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini.

“PAS ini celaru,” kata beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional Kelantan.

Md Alwi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas berkata pemimpin Umno perlu turun ke padang untuk menemui rakyat bukan hanya duduk di atas sahaja.

“Umno bagi segala-galanya tapi adakah rakyat sokong kita?

“Saya nak tanya kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Kenapa Umno tidak? Ini kerana PAS berjuang kerana Islam.

“Saya tegaskan di sini bahawa kekayaan tidak menjamin kasih sayang. Jadi kita perlu mengubah persepsi ini, pemimpin perlu turun ke bawah menemui rakyat,” katanya.




0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih