Umno Besut ngaku sebut " Tok Guru Gilo" ~ Pro Pas Blog

08 Oktober 2010

Home » , , » Umno Besut ngaku sebut " Tok Guru Gilo"

Umno Besut ngaku sebut " Tok Guru Gilo"

Bookmark and Share



KUALA TERENGGANU - Umno Bahagian Besut yang menganjurkan ceramah bertajuk 'DAP Anti Islam' pada 1 Oktober lalu, mengaku dan mengesahkan penceramahnya menggunakan perkataan 'Tok Guru gilo'

Timbalan Ketua UMMO Bahagian Besut, Nawi Mohamad menyatakan demikian dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar tempatan hari ini, Khamis, 7 Oktober.

Namun begitu, beliau yang juga ADUN Hulu Besut 'berhelah' dengan berkata, perkataan gila yang ditujukan kepada Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh penceramah terbabit, bukan merujuk kepada masalah 'mental'.

Mengulas kenyataan Umno Besut, Ketua Penrangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim yang mendengar sendiri ceramah tersebut berkata pengakuan Umno Besut itu membuktikan apa yang beliau dedahkan sebelum ini adalah benar.

Katanya, Umno sama sekali tidak menafikan bahawa penceramahnya ada mengucapkan caci maki tersebut.

"Soal pelbagai jenis 'gilo' yang cuba disenaraikan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Besut yang turut berada di atas pentas ceramah pada malam itu, hanyalah sekadar menegakkan 'benang basah' bagi menutup kesilapan dan ketelanjuran Umno menganjurkan ceramah,"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Beliau menegaskan, ceramah tersebut adalah satu keterterlanjuran Umno kerana menurutnya, laman web rasmi Umno Besut (www.umno-besut.org) yang sebelum ini giat mempromosikan program ceramah itu, kini telah menghilangkan maklumat berkaitan.

Oleh itu, menurutnya kenyataan Umno Besut tersebut dilihat terpaksa dikeluarkan apabila menerima tekanan akibat pendedahan yang dibuat perbuatan Umno Besut yang biadap dan memalukan.

"laman web rasmi Umno Besut di www.umno-besut.org yang sebelumnya giat mempromosikan program ceramah tersebut, tetapi selepas dari pendedahan acara caci maki biadap yang telah berlaku, semakan saya di laman web tersebut mendapati berita berkenaan ceramah ini telah ditiadakan. Mengapa?,"soal Dr Azman.

Beliau mendedahkan, Umno Besut turut melakukan kesilapan kerana menjemput seorang 'penceramah buangan' di negeri Kelantan yang telah ditarik tauliahnya dan Persatuan yang didakwa sebagai 'Persatuan Pondok-Pondok Seluruh Kelantan' sebenarnya tidak wujud.

"Hakikat(nya) mereka (Umno Besut) tersilap menjemput penceramah buangan Umno Kelantan yang telah ditarik tauliah oleh Majlis Agama Islam Kelantan dari menyampaikan kuliah di masjid-masjid seluruh Kelantan,

"'Persatuan Pondok-Pondok Seluruh Kelantan' yang didakwa oleh Haji Loh (dimana dakwanya) beliau sebagai pengerusi, sebenarnya tidak wujud, yang wujud dan diiktiraf adalah 'Pusat Pembangunan Pondok Berhad'.,"jelas Dr Azman.

Lebih memalukan, katanya, Pondok Genting, Tumpat yang didakwa belaiu adalah Tok Gurunya, sebenarnya tidak mempunyai pelajar atau anak murid, yang ada hanyalah beberapa orang tua yang 'menunggu hari mati'.

Sebanyak dua laporan polis telah dibuat ke atas ceramah tersebut, sebelum dan selepas program Umbo Bahagian Besut itu berlangsung.

DAP Kuala Terengganu membuat laporan di balai polis Kuala Terengganu pada 30 September lalu kerana menurut Pengerusinya, Encik Ng Chai Hing, penganjuran ceramah tersebut merupakan satu fitnah dan pembohongan yang berniat jahat untuk memburuk dan mencemar kredibiliti DAP.

Manakala PAS Kawasan Besut telah membuat satu laporan polis pada 6 Oktober, setelah kata dua yang diberikan kepada Umno Besut, tidak diindahkan

Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar telah memberi kata dua kepada Umno Bahagian Besut, samada meminta maaf atas keceluparan penceramah undangan yang menghina Mursyidul Am PAS sebagai 'Tok Guru Gilo' atau menghadapi sebarang tindakan undang-undang.

Justeru, tindakan angkuh Umno tidak mahu memohon maaf, Wan Azhar sendiri telah membuat laporan polis di balai polis daerah Besut.

Walau pun telah dua laporan dibuat, sehingga kini, Buletinonline difahamkan, tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak polis tehadap penganjur ceramah tersebut. -buletinonline.net


1 Ulasan :

Wak Sir berkata... [Balas]

tak tahu nak komen..cuma nak kata gilo tu tak baik..tapi dilihat cara berucap dan buat fatwa pelik2 tu heran jugak..Allah mencarut..Mengkafirkan orang UMNO, menghalalkan biseksual dan hubungan sejenis..tidak menentang kemungkaran seks dan moral di kalangan pemimpin PKR, penceramah2 pas pulak emosional..angkat suara seolah2 dialah yang betul..tapi faktanya mana? Dasar yang nak dibawa mana? sepanjuang perintah kelantan..airnya mana?..janji tak tunai hukumnya apa?..kalau yg jahil boleh dikata jahil ni yang di katakan tok guru..alim ulamak..ni macam mana?..nak kata gilo dak jugak..kalau tak kata sifat cedera akl itu ada..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih