Seruan Bik Mama demi pembangunan ummah ~ Pro Pas Blog

26 Oktober 2010

Home » » Seruan Bik Mama demi pembangunan ummah

Seruan Bik Mama demi pembangunan ummah

Bookmark and Share

Setiap Muslim Punyai Peranan Dalam Mengukuhkan Semangat Ummah, Kata Rosmah



Bik Mama suap menyuap pulut kuning tanda berakhirnya AGM UMNO- Sumber  Bik Mama Fb



PUTRAJAYA, 25 Okt (Bernama) -- Setiap kaum Muslim mempunyai peranan yang perlu dimainkan dalam usaha membangunkan syiar Islam dan mengukuhkan semangat ummah, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata pengukuhan ummah dalam Islam tidak dibina berasaskan kepada kaum, kerakyatan, kedaerahan, penaklukkan, kerabat atau kepentingan istimewa, sebaliknya ia merentasi sempadan politik dan nasional.

"Asas ummah dalam Islam adalah prinsip yang membawa kepada pengabdian sepenuhnya kepada perintah Allah, mematuhi segala perintahnya, dan komitmen penuh terhadap perjuangannya," katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada peserta majlis "Tilawah Al-Quran Saudara Muslim" di Seri Perdana, di sini malam Isnin.

Turut hadir ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Pengerusi jawatankuasa penganjur majlis Datuk Raja Rezza Shah.

Rosmah dan suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan penaung bersama majlis.

Rosmah berkata majlis tilawah itu merupakan platform terbaik bagi saudara baru untuk berhimpun dan saling bertukar pandangan berhubung Islam selain memupuk persefahaman lebih baik berhubung nilai-nilai agama dan Islam.

Pada majlis itu Rosmah menyampaikan hadiah kepada para pemenang daripada Kategori Terbuka bagi Qari dan Qariah, Millenium (bagi mereka yang memeluk Islam sejak 2006), Khas (golongan kurang upaya), Azan Putera (kanak-kanak di bawah 12 tahun) dan Azan Remaja (kanak-kanak berusia 12 hingga 18 tahun).

Seramai 98 peserta mengambil bahagian dalam acara itu yang diadakan buat kali keempat.

Majlis itu turut menyaksikan dua saudara baru yang banyak menyumbang kepada penyebaran dakwah Islamiah menerima anugerah Tokoh Saudara Muslim, dari kategori Muslimin dan Muslimah, dan masing-masing menerima hadiah utama berupa wang tunai RM10,000.

Mereka ialah Shah Kirit Govindji Abdullah, 44, (Muslimin) pegawai dakwah di Yayasan Informasi Islam dan Perkhidmatan, dan Noorshin Ng Abdullah, 58, Naib Presiden Darul Fitrah (Muslimah).

-- BERNAMA


Berita Berkaitan

Rasa nak tergelak sorang2 pagi ni bila aku terjumpa profil fan page " Bik Mama" masa aku tinjau2  isu2 panas Fb pasal FAM bodoh tahap cipan apabila suka2 hati naik tiket perlawanan akhir Piala Malaysia dari RM 20 ke RM30 untuk tempat duduk bebas. Saper ler gatai tangan buat page ni, pengikut page ni pom ramai gak hampir 10 000 gak ler. Yang lucunya dia tulis kat keterangan "Ini adalah laman Facebook rasmi suami kepada YAB Perdana Menteri Malaysia". "This is the official Facebook Fanpage for the husband of the Prime Minister of Malaysia". Perkataan suami kepada YAB Perdana Menteri tu yang jadi pelek sikit haha.. .. apa 2 pom gi ler tengok sendiri kat url ni.. http://www.facebook.com/pages/Bik-Mama/209501413126. suka jadi ler pengikut, tak suka tak payah buat menyusah jer.. 


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih