Terkini: pergaduhan, kematian, koma,- Kel vs Sel, Stadium Shah Alam ~ Pro Pas Blog

13 Oktober 2010

Home » , » Terkini: pergaduhan, kematian, koma,- Kel vs Sel, Stadium Shah Alam

Terkini: pergaduhan, kematian, koma,- Kel vs Sel, Stadium Shah Alam

Bookmark and Share


Ayat diatas saja yang mampu menggambarkan kebebalan pengurusan stadium Selangor yang masih menyusun kedudukan penyokong Kelantan dalam keadaan yang sengaja membangkit kemarahan segelintir penyokong Kelantan. Nasiblah ramai yang memilih untuk menyaksikan perlawanan ini sambil berdiri sekiranya duduk pasti tidak mencukupi ruang tempat duduk disediakan untuk penyokong Kelantan. .

Seperti sedia maklum susunan penyokong Kelantan diberi serong ke belakang gol sedangkan ruang untuk Selangor banyak yang kosong. Keadaan telah sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan penyokong Kelantan yang mula melolos masuk bahagian bersebelahan kawasan media.
Mungkin Tiada Laporan Media dan Polis yang disahkan hari ini tetapi ini Buktinya:

Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan. Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar. Lihat gambar diatas.

Apakah begitu hina dan jijik penyokong Kelantan yang sentiasa diburukkan walaupun 1 kematian telah berlaku akibat dipukul ganas penyokong Selangor. Keganasan penyokong Kelantan tidak pernah melibatkan kematian tetapi hal ini berlaku di kalangan penyokong Selangor. Mengapa media boleh menutup kes keganasan penyokong seperti ini? Adakah kerana kematian ini berlaku pada penyokong Kelantan?. Lihat 2 gambar diatas.

Perkara ini dibangkitkan bukan untuk memanaskan suasana dan perasaan penyokong tetapi kami penyokong Kelantan mengharap satu laporan dan hukuman yang adil oleh semua pihak. Kes kematian ini dianggap serius dan lebih menyayat hati ianya dipandang sepi oleh media dan pihak berkuasa. Kami juga menyokong segala tindakan polis kepada penyokong kami yang ganas tetapi biarlah adil.

FAM perlu memandang serius perkara ini dan tidak hanya mengenakan hukuman yang berat sebelah sahaja. KAFA sentiasa mengutuk sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang. Terima kasih diatas sokongan tidak berbelah bahagi penyokong The Red Warriors. Jumpa di Kota Bharu, kita akan pastikan separuh akhir milik kita. InsyaAllah

Kami juga berharap ada pihak yang menyaksikan kejadian ini menghubungi kami di info@theredwarriors.com Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau terus membuat laporan polis bagi pihak si mati. Al-fatihah pada arwah.

http://www.theredwarriors.com/


6 Ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Balas]

a;kum sedara tulis blog pown x betul kesian....hidup PKR........PAHLAWAN SELANGOR

Unknown berkata... [Balas]

@Tanpa Nama

Benar nyer ni bukan entri dari ambo, ni copy paste dari portal http://www.theredwarriors.com/.. sila biasa jah tuh tapi hok petingnyo.. dari crto nih puok kito keno katok sore

Unknown berkata... [Balas]

haha POlitik Suku Bola Suku Boh!!!

Tanpa Nama berkata... [Balas]

aku antara ribuan penyokong selangor yang datang malam itu..lebih tepat lagi aku juga berada di tempat kejadian yang boleh aku umpamakan seperti berada di palestin..masing2 membaling ke arah satu sama lain..aku juga setuju pada pendapat penulis bahawa kejadian tersebut berpunca dari kelemahan kawalan keselamatan yang longgar di stadium..bagi aku kalau fru dapat masuk ke tempat penokong kelantan mungkin akan mengurangkan kejadian yang berlaku pada waktu rehat..fru hanya menolak penyokong selangor manakala penyokong kelantan hanya dapat cakap dari pagar sahaja..bagi aku kalau ada kejadian pukul memukul tidak akan terjadi jika ke 2 2 pihak tidak melawan..mesti ada sebab terjadinya pergaduhan..sape yang mulakan..wallahualam..masa aku keluar stadium aku terserempak juga dengan penyokong kelantan..siap leh tegur lagi.."boring la game malam ni"..x de pun sampai pukul2..aku juga menolak sebarang keganasan ketika tengok bola..aku hanya datang utk bagi sokongan moral pada team pilihan aku dan juga enjoy the game..itu je..dan aku juga tahu penyokong2 jati kelantan juga 'fuck' penyokong mereka yang buat onar..kami juga 'fuck' penyokong2 selangor yang mencetuskan perbalahan..sekian..adios..pada yang laen..come on la..be civilised person..

Tanpa Nama berkata... [Balas]

betul, niat nak tgk bola, bukan nak gaduh x kira lah ko penyokong kelate ko, penyokong selangor ko, hok penting jangan baloh oppss silap jgn gaduh

Tanpa Nama berkata... [Balas]

niat tgk bola..tp lain jd nyer..masing2 buat provokasi...
knapa bila brtemu slngor je gaduh..hebat sngat ke slngor nie..smpai xleh sentuh..FAm bg kuasa veto ke??? FAs pon diam je..KAFA tgkade jgk inisiatif..ketat kwlan kselamtan..FAS??tggu stdium pnuh..collect duit..dh byk kali KAFA kne attack FAM..slh sikit pon kne tendang(zaman kuli2 FAS dlm FAM)..tp FAS??

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih