Pakatan perlu guna lambang PAS ~ Pro Pas Blog

25 Oktober 2010

Home » , » Pakatan perlu guna lambang PAS

Pakatan perlu guna lambang PAS

Bookmark and Share



Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menegaskan bahawa hanya lambang PAS dibenar untuk digunakan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas.

Timbalan setiausahanya, SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata, langkah berkenaan bermakna lambang parti komponen Pakatan Rakyat yang lain tidak dibenar digunakan dalam tempoh kempen yang bermula esok.

Katanya, lambang parti Umno dan parti komponen BN yang lain sebaliknya boleh digunakan.

Jelasnya, kebenaran itu diberikan memandangkan lambang parti komponen BN itu diiktiraf oleh SPR.

Katanya, pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang dianggotai PDRM, SPR dan pihak berkuasa tempatan itu berhak untuk menurunkan lambang-lambang berkenaan sekiranya didapati digunakan dalam kempen bermula esok

Dalam pada itu, SPR juga menjangkakan akan berdepan masalah untuk mendapatkan peratus keluar mengundi bagi setiap jam pada hari pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas.

Ini kerana empat pusat pengundian di kawasan Orang Asli tidak dilengkapi talian telefon.

"Tapi kita masih boleh bergantung kepada sistem komunikasi oleh PDRM.

"Jadi kita masih boleh keluarkan jumlah anggaran," katanya lagi ketika ditemui wartawan selepas satu sesi taklimat kepada media di Kesedar Inn, Gua Musang pagi ini.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih