KL PLUS lwn KELANTAN, mlm ini Live at TV1 jam 8.45pm ~ Pro Pas Blog

09 Oktober 2010

Home » » KL PLUS lwn KELANTAN, mlm ini Live at TV1 jam 8.45pm

KL PLUS lwn KELANTAN, mlm ini Live at TV1 jam 8.45pm

Bookmark and Share

Berita lain-

Kekalkan Momentum Kebangkitan


KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan mahu para pemainnya mengekalkan rentak kecemerlangan dalam perlawanan terdahulu dalam menghadapi saingan perlawanan terakhir peringkat kumpulan TM Piala Malaysia bertemu KL Plus FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam ini.

“Perlawanan menentang KL Plus FC malam ini cukup penting bagi kita. Saya tidak boleh kata kita sudah layak ke peringkat suku akhir kecuali sekiranya kita mencatatkan keputusan yang positif dalam perlawanan malam ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

“Dalam bola sepak apa-apa pun boleh berlaku. KL Plus FC sebuah pasukan yang mantap. Walaupun sudah terkeluar dari saingan Piala Malaysia tetapi itu tidak bermakna mereka memberi laluan mudah kepada kita.

“Sudah pasti para pemain mereka juga mahu mencatatkan kemenangan bagi membuktikan kepada pihak pengurusan mereka bahawa mereka boleh melakukan sesuatu dalam perlawanan ini.

Sathianathan berkata, beliau mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kewibawaan para pemainnya mengharungi cabaran dalam kempen TM Piala Malaysia musim ini.

“Saya sentiasa yakin kepada diri sendiri dan yakin Kelantan mampu melangkah lebih jauh. Kelantan jelas sebuah pasukan yang cukup bertuah kerana mempunyai pengurusan yang bagus serta penyokong yang sentiasa berada di belakang kami.

“Saya akui penyokong sentiasa mempercayai bahawa Kelantan adalah sebuah pasukan yang cukup kuat. Ini bermakna mereka (penyokong) percaya Kelantan boleh mencipta kemenangan kerana kita merupakan sebuah pasukan yang kuat.

Ditanya mengenai lawan Kelantan sekiranya berpeluang layak ke suku akhir, Sathianathan tidak menghiraukan pasukan mana yang bakal dihadapi oleh Kelantan.

“Kita tidak boleh takut bertemu sesiapa. Untuk menjadi juara, kita perlu bersedia bertemu Selangor atau pasukan mana sekali pun. Itu falsafah dalam bola sepak.

“Apa yang saya risaukan adalah pasukan saya sendiri, bukan lawan yang kita hadapi. Saya takut mereka tidak bermain seperti yang saya dan penyokong mahukan,” katanya.  _Kelate.net


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih