Hancur FAM dan KAFA !! ~ Pro Pas Blog

26 Oktober 2010

Home » , » Hancur FAM dan KAFA !!

Hancur FAM dan KAFA !!

Bookmark and Share



Sekali lagi KAFA menghampakan peminat, Penjualan tiket hari ni dibatalkan  dan mengikut sumber, KAFA bercadang menaikkan lagi tiket tempat duduk bebas sebanyak RM 40


TINDAKAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 di saat-saat akhir nyata menimbulkan kemarahan dan bantahan khasnya di kalangan penyokong pasukan Kelantan yang terpaksa mengeluarkan belanja lebih tinggi berbanding penyokong Negeri Sembilan.

Semalam FAM mengumumkan harga tiket bagi tempat duduk terbuka ditetapkan pada harga RM30 berbanding RM20 pada tahun lalu (kenaikan RM10) manakala bagi tempat duduk utama ialah sebanyak RM50 berbanding RM30 tahun lepas (kenaikan RM20).

Harga tiket bagi kanak-kanak pula ialah RM5.

Peminat yang berang dengan tindakan FAM mengumumkan kenaikan harga tiket pada saat-saat akhir telah mencipta satu halaman khas (page) di laman sosial Facebook dengan tajuk “Membantah Kenaikan Harga Tiket Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia“.

Sehingga artikel ini ditulis, lebih 1,000 peminat bola sepak dari kedua-dua pasukan (Kelantan dan Negeri Sembilan) telah menyertai page berkenaan.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin menjelaskan rasional di sebalik kenaikan berkenaan antara lainnya bagi menjaga prestij final Piala Malaysia.

Namun mungkin Dato’ Hamidin terlupa, jika pun kerana menjaga prestij kejohanan berkenaan kenapa ia baru diumumkan. Kenapa tidak mengumumkan harga tiket semasa saingan Piala Malaysia bermula sejak 14 September lalu.

Adakah FAM mahu menangguk di air keruh kerana menyedari pasukan yang mara ke final ialah pasukan Kelantan yang sudah diketahui umum peminat pasukan berkenaan pasti akan memenuhi stadium untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi.

Persoalan yang perlu dijawab ialah adakah jika bukan pasukan Kelantan yang mara ke final, harga tiket akan kekal sebagaimana tahun lepas iaitu sebanyak RM20 bagi tempat duduk terbuka.

Sudah jelas, aksi final tahun lalu menyaksikan hampir 60,000 penyokong yang memenuhi stadium adalah peminat Kelantan.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih