FAM duri dalam daging bola sepak Malaysia ~ Pro Pas Blog

24 Oktober 2010

Home » » FAM duri dalam daging bola sepak Malaysia

FAM duri dalam daging bola sepak Malaysia

Bookmark and Share


TANPA angin tanpa ribut, kemeriahan saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia hari ini digemparkan dengan hukuman penggantungan selama enam bulan ke atas jurulatih Kelantan, B Sathianathan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut laporan, bekas jurulatih kebangsaan itu dihukum sedemikian rupa gara-gara memberi komen mempertikai keputusan Terengganu dipilih sebagai gelanggang tuan rumah perlawanan Liga Super menentang Perlis selepas gelanggang Stadium Utama Kangar tidak layak untuk dijadi venue perlawanan pada masa itu.

Menurut Sathianathan, adalah tidak wajar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dipilih selaku venue perlawanan kerana ia akan memberi kelebihan kepada pasukan Terengganu.

Sepatutnya kata beliau, perlawanan dilangsungkan di gelanggang berkecuali supaya memberi keadilan kepada pasukan Perlis.

Apa yang menaikkan kemarahan Sathianathan kerana Kelantan dan Terengganu ketika itu bersaing merebut posisi terbaik dalam kedudukan carta Liga Super.

Langkah FAM memutuskan perlawanan dilangsung di Kuala Terengganu ternyata akan memberi advantage kepada pasukan Penyu itu dalam usaha mereka mengejar kedudukan Kelantan pada waktu itu.

Malangnya komen sedemikian rupa dianggap serius oleh FAM dan perlu dijatuhi hukuman berat.

Malang sekali kerana ia dibuat tidak kena masa. Ia seolah-olah memberi gambaran FAM tidak boleh ditegur langsung.

“Lihatlah betapa kebalnya FAM yang tidak boleh dikomen dan dikritik walaupun berdasarkan fakta yang jelas. Isu ini juga boleh dianggap tidak relevan bagi peminat Kelantan menerima hakikat hukuman ini kerana enam bulan satu tempoh yang lama,” menurut kenyataan laman web rasmi KAFA, www.theredwarriors.com

Hukuman dibuat sedikit sebanyak bakal menjejaskan persiapan Kelantan menjelang pertembungan dengan Kedah malam ini bagi saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia.

“Saya sangat sedih kerana tidak dapat bersama pasukan Kelantan malam ini,” demikian reaksi ringkas Sathianathan mengenai penggantungan ke atas dirinya itu.



0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih