Dun Galas :teka- teki terjawab Abdul Aziz Yusof calon BN di Galas ~ Pro Pas Blog

24 Oktober 2010

Home » , , » Dun Galas :teka- teki terjawab Abdul Aziz Yusof calon BN di Galas

Dun Galas :teka- teki terjawab Abdul Aziz Yusof calon BN di Galas

Bookmark and Share

Setiausaha Umno bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin petang ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandang wakil rakyat dari PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus 27 September lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Oktober ini.

Ketika membuat pengumuman itu, Muhyiddin berkata Abdul Aziz berpengalaman berkhidmat kepada rakyat sebagai pegawai kerajaan.

Berikutan pengumuman itu, Abdul Aziz akan melepaskan jawatannya sebagau pengurus pejabat operasi RPT Kesedar Sungai Terah, kata Muhyiddin.

Katanya, Abdul Aziz merupakan orang tempatan, orang Gua Musang dan umurnya masih muda.

Muhyiddin mengumumkan nama calon BN itu di Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati.Menurut Muhyiddin, calon BN itu juga merupakan simbol keikhlasan kepemimpinan BN yang mampu dan berupaya memberikan kemajuan yang diingini penduduk Galas.


"Kita ada keupayaan sumber yang jauh lebih besar," katanya lagi.

Katanya lagi Abdul Aziz diputuskan sebagai calon oleh presiden parti Datuk Seri Najib Razak selepas membuat rundingan dengan ketua jentera pilihan raya Tengku Razaleigh Hamzah dan ketua perhubungan negerinya Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dan Mustapa hadir di majlis pengumuman calon BN itu.

Dalam sidang media selepas itu, Muhyiddin juga berkata calon BN itu mampu menghadapi calon PAS walaupun hanya berkelulusan SPM.

Calon PAS, Dr Zulkefli merupakan seorang pengamal perubatan dan mempunyai klinik di Chiku 3, Gua Musang.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandang wakil rakyat dari PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus 27 September lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Oktober ini.

PAS telah menamakan calonnya - Dr Zulkefli Mohamad - sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Dr Zulkefli adalah pemangku yang dipertua PAS Gua Musang.


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih