Dun Galas: Jangan gangu kami- Orang Asli ~ Pro Pas Blog

06 Oktober 2010

Home » , , » Dun Galas: Jangan gangu kami- Orang Asli

Dun Galas: Jangan gangu kami- Orang Asli

Bookmark and Share



Orang Asli tidak mahu diganggu kempen PRK Galas

Masyarakat Orang Asli di Galas menubuhkan pasukan gerak gempur sendiri dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana parti politik semasa kempen pilihan raya kecil di situ tidak lama lagi.

Ketua Masyarakat Orang Asli kawasan itu, Pandak a/l Panjang Ey, berkata jentera pilihan raya parti tidak perlu masuk ke kawasan mereka semasa kempen itu nanti.

"Kami mempunyai jentera gerak gempur sendiri untuk berkempen dalam pilihan raya kali ini," katanya pada majlis ramah mesra dengan pimpinan PAS Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar di Kota Bharu hari ini.

Pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub, mewakili Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang bergegas ke Singapura kerana melawat Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, di sebuah hospital di republik itu pagi tadi.

Pandak berkata pemimpin-pemimpin masyarakat Orang Asli juga harus diberi peluang untuk berceramah bagi menyuarakan masalah dan aspirasi masyrakat itu pada pilihan raya kecil itu.

"Kami mahu berceramah biarpun di hadapan Orang Melayu sendiri dalam pilihan raya kali ini, sebagai memberi komitmen kepada parti yang kami sokong," katanya.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima daripada PAS akibat kanser pada 27 Sept lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya belum menetapkan tarikh pilihan raya kecil di situ.

Pandak berharap masyarakat Orang Asli dihargai oleh kerajaan negeri dengan melayani kehendak mereka terutama dalam menyediakan program pembangunan di kawasan penempatan mereka.

"Kami mahu nasib kami diberi pembelaan oleh pemerintah sebagaimana masyarakat lain juga," katanya.

Ahmad ketika berucap pada majlis itu berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM550,000 untuk membeli dua kenderaan pacuan empat roda untuk kemudahan penduduk kawasan Orang Asli membawa hasil pertanian untuk dijual di bandar._ Bernama


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih