Dun Galas: Calon Pas Orang Asli turut tersenarai ~ Pro Pas Blog

11 Oktober 2010

Home » , , » Dun Galas: Calon Pas Orang Asli turut tersenarai

Dun Galas: Calon Pas Orang Asli turut tersenarai

Bookmark and Share


Sekurang-kurangnya lima nama telah dikenalpasti untuk disenaraikan sebagai calon PAS di Galas, kata pengarah pilihan raya kecil PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Daripada senarai tersebut, dua nama terdiri daripada kalangan masyarakat Orang Asli dan selebihnya kalangan pemimpin dan aktivis masyarakat tempatan.

"Kesemuanya memang dikenali oleh orang Gua Musang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang disenaraikan itu.

Senarai berkenaan juga belum dibincangkan dalam mesyuarat dewan harian PAS pusat, katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, nama-nama berkenaan dicadangkan bagi memenuhi kemahuan akar umbi.

Ditanya mengenai pertimbangan yang akan digunakan dalam memilih calon kali ini, Tuan Ibrahim berkata: "Kita pilih calon yang boleh bergelumang dengan rakyat di situ."

Mengulas kesediaan PAS untuk menurunkan wakil daripada masyarakat Orang Asli di situ, Tuan Ibrahim berkata, pertimbangan tersebut dilakukan berdasarkan keputusan pilihan raya umum sebelum ini- Malaysiakini


0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih