Bajet Qarun: Kesilapan Tun Mahathir diulangi Najib ~ Pro Pas Blog

23 Oktober 2010

Home » , » Bajet Qarun: Kesilapan Tun Mahathir diulangi Najib

Bajet Qarun: Kesilapan Tun Mahathir diulangi Najib

Bookmark and Share




PERDANA Menteri, Najib Tun Razak terus melakukan kesilapan yang diwarisi Perdana Menteri terdahulu, khususnya Tun Mahathir Mohamad apabila mengumumkan kos pembinaan 'Warisan Merdeka' yang menelan belanja sebanyak RM5 bilion dalam Bajet 2011.


Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali mempertikaikan peruntukkan tersebut yang disifatkannya sebagai 'mengejar glamour' dan bermegah-megah semata-mata dan membuktikan kerajaan tidak peka dengan kehendak rakyat.


Menurut Mustafa, ketika rakyat berada di tahap kehidupan yang tertekan, kerajaan memperuntukan sejumlah wang untuk membina menara yang dikatakan mempunyai 100 tingkat di ibu negara.


"Untuk apa bangunan 100 tingkat itu? Apa manfaatnya kepada rakyat? 'Twin tower' yang ada sekarang ini pun... tidak habis digunakan. Adalah lebih baik wang sebanyak itu diperuntukkan untuk tujuan membantu rakyat yang semakin terbeban," tegas beliau kepada Harakah.


Ekoran pengumuman Najib berkenaan menara itu, Mustafa turut tidak menolak kemungkinan rakyat semakin marah dengan tindakan itu yang jelas membelakangkan rakyat dan memberi serba sedikit kesan kepada Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.


Katanya, kerajaan perlu menghentikan sebarang projek yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat atau terpaksa berhadapan dengan laluan sukar pada pilihan raya umum nanti jika tidak berbuat demikian.


Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion itu dijangka siap pada 2015



0 Ulasan :

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih