Badi atau bomoh?? ~ Pro Pas Blog

24 Oktober 2010

Home » » Badi atau bomoh??

Badi atau bomoh??

Bookmark and Share



KARUT-MARUT DALAM BOLASEPAK



Isu pengunaan bomoh, @ tangkal dalam perlawanan bola sepak antara Kelantan bertemu Kedah di Stadium Sultan Muhammed IV hangat diperbincangkan dalam forum2 Fb . Adakah ianya benar seperti yang dihebohkan. Pendapat ini boleh diterima dan juga ditolak mengikut tanggapan masing2. Saya sendiri pun tak berapa percaya dan cuma ulas sikit isu main bomoh dalam bola sepak. Tetapi pendapat ini mukin juga mukin boleh diterima, kerana isu bomoh ini memang tak boleh lari dari orang Melayu itu sendiri. Atau juga ianya berlaku secara kebetulan yang menyebabkan ada segelinter  penyokong Kelantan percaya. Rata-rata peminat menganggap kesukaran untuk menyaringkan gol ke dalam gawang Kedah berpunca dari perca kain putih yang diletakkan dalam gawang pasukan Kedah. Menurut sumber , dari forum perpincangan fb tersebut penolong jurulatih Kelantan Hashim Mustapha dapat mengesan sesuatu yang tidak kena berada di sekitar pintu gol pasukan Kedah hingga beberapa percubaan yang berbahaya, gagal menepati sasaran gol selain dapat ditangkap dan dikesan oleh penjaga gol Kedah Mohd. Helmi Eliza Elias. Mengikut 

sumber Hashim Mustapha meminta seorang "Budak Milo" untuk cari sesuatu yang berada dalam gawang Kedah dan berjaya mengesan satu perca kain puteh dalam pintu gol Kedah, Setelah itu "Budak Milo" tersebut mengambil perca kain secara senyap2 tanpa dikesan oleh Mohd. Helmi Eliza, dan setelah perca kian dikeluarkan baru Kelantan berjaya melakukan jaringan yang cantik menerusi Jaringan tunggal daripada pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-78 ekoran kesilapan penjaga gol Kedah, Mohd. Helmi Eliza Elias.


Segelintir penyokong percaya perca kian tersebut digunakan sebagai pedinding, pintu gol agal bola tidak mencecah jaring. Separuh masa pertama asakan demi asakan yang dilakukan oleh pemain kelantan gagal di sudahkan pada jaring.




Kalau ade info, tajuk ni akan diulas lagi..


PERSOALANYA ADAKAH ANDA PERCAYA?? TERPULANG PADA DIRI MASING-MASING!!


SEBENARNYA MUKIN ADA, MUKIN TIDAK ADA GUNA BOMOH DALAM BOLA SEPAK, TAPI YANG PASTI SEMUA INI ADALAH KURAFAT...


Berita Berkaitan


2 Ulasan :

nebular berkata... [Balas]

Menarik ni.........akhirnya kelantan dapat jaring gol. Nak jugak buka dan tengok perca tu, hehehehehehe

Rbl berkata... [Balas]

haha..best crita nih.. leh wat topik hangat...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawati blog ini. Terima kasih juga saya ucapkan, kerana memberikan ulasan dan kritikan membina. Segala saranan tersebut akan saya teliti dan dilaksanakan jika perlu. Selain itu juga, anda boleh menghantar email kepada saya yang beralamat rajabudaklestari@yahoo.com. Di sini juga, saya menegaskan bahawa, saya tidak akan bertanggungjawab jika ada ulasan-ulasan yang berunsur fitnah, hasutan, perkauman dan juga bahasa kesat. Sekian terima kasih